KOTA TAIF – ‘Bandar Bunga Ros’
Pernahkah anda melihat bagaimana 10,000 kelopak bunga ros diproses untuk menghasilkan produk wangian yang bermutu tinggi? Ianya diproses secara tradisional dan turut digunakan untuk Kelambu Kaabah. Minyak wangi ini turut dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Sekarang, anda boleh dapatkan sendiri minyak wangi bermutu tinggi ini secara terus di ‘Bandar Bunga Ros’, iaitu Kota Taif.
Bukan sekadar fakta, tetapi banyak lagi yang anda boleh alami sendiri di Kota Taif, sebuah destinasi yang menakjubkan!
Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi dimana disinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh segar. Terdpat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat disini utk diminum dan beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Di sini terkenal dengan kawasan pemprosesan minyak wangi ros pink. Selain itu, terlalu banyak kawasan2 sejarah yang terdapat disini.Taif terletak kira-kira 80 kilometer di tenggara Mekah dan berada pada sekitar 1, 800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di Lembah Asin dan al Hada. Pada musim panas lokasi ini menjadi tempat bersantai dan percutian para kenamaan dan kerabat di raja Arab Saudi. Ia menjadi destinasi percutian popular domestik dan antarabanga.
Kira-kira 1,400 tahun lalu, Taif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Taif sehingga cedera.
Sifat tenang, sabar, penyayang serta al Dilalah (futuristik) yang dimiliki baginda jelas terhasil lebih seribu tahun kemudian. Bumi Taif kini dihuni waris daripada generasi yang pernah menzalimi dan menyakiti Baginda. Bukan diukur kepada pembangunan fizikalnya pada masa ini namun lebih daripada itu ialah lahirnya insan-insan yang beriman sebagai penduduk Taif.
Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan bukit batu dari atas. Anda boleh merakam keindahannya pemandangan jejak alam ini melalui kamera.
Yang cukup istimewa dan unik adalah monyet-monyet yang kelihatan di sisi jalanan sepanjang lereng-lereng bukit. Di salah satu kawasan kelihatan monyet-monyet ini bebas berkeliaran dan akan datang kepada kenderaan yang berhenti, yang mungkin menanti makanan yang akan dilemparkan ke arah mereka.
Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat daripada bunga ros. Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.
Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan tanaman bunga ros terbesar di Taif. Di sini juga terletak ladang buah-buahan seperti anggur, aprikot, delima, tin, tembikai, strawberi dan pelbagai lagi.
Bunga ros yang sudah sedia dipetik

Empangan Sisad yang sudah kering di Taif
Istana Shubra merupakan di antara ikon tumpuan di sini. Bercirikan senibina Islam dan Rom, bangunan empat tingkat ini mula digunakan pada tahun 1904. Pernah didiami oleh Raja Abdul Aziz sebagai istana baginda pada musim panas. Bangunan ini juga pernah menjadi ibu pejabat Kementerian Pertahanan Arab Saudi. Kini ia merupakan sebuah muzium yang menyimpan khazanan sejarah Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif.


Nikmatilah Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,390*!
Leave a Reply